Perhatian..ini entri yang luar dari kebiasaan dari penulis blog ini..
**********
Beberapa hari lepas semasa balik dr kerja, saya berpeluang mendengar HotFM..dan topik pada hari tu adalah pasal 'Apa Yang Anda Rasa Tak Berbaloi Beli Di Pasar Ramadan'.
Hoho..mmg menarik..antaranya..
Ayam Percik - size kecik yer, takde buluh .RM 5.00
Kuih sepotong RM0.80
Cendol RM 3.50
Murtabak sebesar tapak tangan RM 4.00
Nasi Kerabu bersama solok lada RM 7.00
Mak datuk aih..terbuntang bijik mata mak mendengarnya..ada sorang ni kata dia habih RM 100 kat PARAM..ni dah boleh mkn buffet kat hotel dah ni..
So, pada saya ada nampak dua menda yg signifikan kat sini..satu,
duit memang senang habis bila datangnya bulan Ramadan atau senang nak dapat
duit di bulan Ramadan. Ye lah bagi orang-orang yang berpendapatan biasa-biasa sahaja..jam inilah nak menjana pendapatan
luar biasa. Salah satu cara, berniaga ni pasar atau bazaar Ramadan. Semestinya harga menjadi
'luar biasa' apabila saingan sudah terlampau ramai!
Jadi, utk orang-orang biasa yang tak berkesempatan nak menjana pendapatan
luar biasa ni, terpaksalah mengambil langkah
luar biasa utk menangani krisis harga yang melampau ini...contoh terdekat, saya sendiri..Perkara
luar biasa yg saya lakukan di bulan Ramadan ini adalah memasak untuk berbuka hampir setiap hari. Jika di bulan yang lain saya jarang sekali memasak..memang luar biasa kan?
Itu pasal makanan..bab baju bajan tak masuk lagi..Perkara luar biasa mungkin pada penglihatan orang lain tapi tidak bagi saya adalah..awal-awal (seawal 6-7 bulan) lagi dah tempah baju raya..hehehe..itu salah satu cara untuk mengimbangi aliran duit keluar sepanjang tahun..idakle terbatuk-batuk bila masuk bulan Ramadan baru nak pukul habis kan..baju untuk anak-anak pun sama...beli sikit-sikit bila ada yang berkenan. Tak payah nak kata tunggu sale besar-besaran..Malaysia kita kan negara Malaysia Darul Sale..setiap masa ada jualan murah..bukan kah itu satu perkara luar biasa?
Lagi satu perkara luar biasa yang terjadi di bulan Ramadan ni, dengan menjelangnya raya adalah peruntukan duit untuk penukaran duit raya..Dulu masa tak ada anak, saya tak terjumpa formula yang bagi saya luar biasa ini..Setelah ada anak saya cuba untuk mengadaptasi formula ini..Yakni..duit raya yang diterima oleh anak-anak, apabila rupa dan bentuknya masih seperti baru, bolehlah diaasingkan utntuk kegunaan hari raya tahun hadapan..jadi ini secara tak langsung kita dah 'put aside' sikit peruntukan duit raya yer..tahun ni buat kira-kira hanya utk top up shj..haaa..kelas ko Jah..memang luar biasa!
Sebelum saya menutup entri saya nih..saya nak bagi teka-teki lah..Ada berapa perkataan 'luar biasa' dalam entri ini??
**********
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad
MySuperKid yang direviu oleh
Nor Hayati Yahya dan ditaja oleh
Adorable Muslimah“