Tak pe..kiter try..kiter try..
Kalau diikutkan kelahiran ni memang boleh ditafsirkan dalam banyak konteks. Tapi bagi saya, memang tak nampak lain dah selain dari kelahiran anak-anak saya, yang pada saya sangat 'significant'. Memang tak nampak kreatif, tapi lebih kepada luahan jiwa dan perasaan saya.
Kepada yang pernah membaca blog saya,..(chewah..macam la ramai sangat)..mesti perasan ticker wedding anniversary dan ticker umur anak-anak saya..ada beza dalam lebih kurang 5 tahun di situ. Ya, kami suami isteri diuji oleh Allah Taa'la dengan kesusahan mendapat zuriat di awal perkahwinan. Sememangnya Allah Maha Mengetahui dan kami tahu memang ada hikmah di sebalik ujian ini.
Jika diingat kembali perjalanan dan usaha-usaha yang telah kami lalui memang kalau boleh saya dan suami tidak mahu mengalaminya kembali. Saya ada tuliskan kisah-kisah itu di sini. Tapi dengan lahirnya anak-anak saya sekarang, 5 tahun penantian itu bagaikan terhapus begitu sahaja. Dahulu, rumah kami sentiasa teratur, bersih dan sunyi. Tapi kini bertambah serinya dengan gajet dan permainan kanak-kanak, riuh dengan tangisan dan gelak tawa. My life is now complete.
Dahulu, berjalan berdua, berpegangan tangan
Sesungguhnya kami berdua bersyukur dengan pemberian dari Allah ini.Amin.
“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Alyrds”
3 apples:
simple story.... gud luck!
Salam...
Xper la lmbt dpt anak dari cepat & tak terjaga anak..heheh..
Good luck yer..
Meh join contest kat blog saya
http://www.tetikusrusak.net/contest-aku-mahu-jadi-ratu/
ok..good luck beb:) btw, Allah tahu ape yg terbaik utk kite kan..ade hikmah cepat atau lambat dapat anak kan beb:)
Post a Comment