CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 23, 2010

Rojak adalah Topik Hari Ini

Bukan rojak makanan yer..tapi topik campur-campur. Adelah saya sudah terkenan dengan Momster Nina. Tapi dia tulis full BM. Saya 80% BM shj. Jadik rasanya hari ni bahasa  adalah bahasa rojak..

Hari ni adalah hari gaji di ofis saya. Gaji yg termasuk termasuk increment. Masing2 sibuk kira increment berapa. Tapi alangkah ciputnya increment itu. Walau ape pun saya HARUS bersyukur kan, kenalah. Kalau ikutkan increment tu bak kata orang setakat celah gigi ajer. Nak bayar duit nursery anak pun tak cukup. Takpe yang penting kena doa tahun depan increment lebih mesra pekerja.

Yang penting minggu depan pulak bonus nak masuk..Oh saya sgtla gumbira!! Duit tak dapat lagi, tapi list dah berjela-jela..macam-macam nak. 

Oh lagi satu yg buat saya gembira, esok cuti! Yeah! Weekend saya panjang dr org lain sbb Isnin ni saya nak bercuti. Agenda utama adalah utk checkup baby dlm perut ni haaa..Mintak2 la dpt tahu jantina baby nih. Sama ada geng Daddynya atau geng Mummy. Tapi kalo boleh nakla geng Mummy plak kan. 

Okaylah, setakat ini lah merambu dari saya. Kalau cikgu BM tengok ni, mmg fail SPM saya.